Strategi memusatkan guru adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada guru. Strategi ini mudah dirancang dan diuruskan. Selain itu, strategi ini membekalkan model untuk memberi pemikiran yang betul. Strategi ini juga menjimatkan tenaga pengajar dan masa. Strategi memusatkan murid merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang tertumpu kepada murid. Ini dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini melibatkan interaksi yang berterusan antara guru dan murid.
Pada pandangan anda, manakah strategi yang sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
Pada pendapat saya, selain strategi memusatkan guru, strategi memusatkan murid juga amat sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Sebabnya, guru hendaklah merancang pdp yang berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar dapat menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik. Murid-murid digalakkan terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
回复删除Pada pendapat saya, strategi berpusatkan murid adalah lebih sesuai digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Hal ini kerana dalam strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka.
回复删除